ADS-SHR-DOC-SPECTECH
  • UiTM/B6/PER/SHR/P/0625/0001
  • CADANGAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN BERMASAK ISLAM SECARA 'OUTSOURCE' DI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM BAGI TEMPOH TIGA (3) BULAN
  • Set Makan / Minum Pagi / Sahur
  • Diet Normal & Teraputik - Sarapan Pagi (SHR)
  • 10500 Pek

Maklumat Spesifikasi Teknikal

  
Keterangan Calit Tawaran/Catatan
1. LATARBELAKANG HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UiTM
-
I. Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA ) Kampus Puncak Alam , adalah sebuah hospital pengajar milik UiTM dengan jumlah kapasiti 400 katil . HASA telah beroperasi secara berperingkat dan berada di fasa2 iaitu sebanyak 250 kati dan fasa 3 sebanyak 400 katil.


Ya

Tidak
2. SKOP UMUM
-
I. Panggilan sebutharga ini adalah untuk membekalkan dan menyediakan perkhidmatan sajian makanan bermasak Islam untuk pesakit dan doktor atas panggilan serta doktor dan paramedik di bilik pembedahan sahaja di Hospital al-Sultan Abdullah UiTM (HASA), Puncak Alam.
Ya

Tidak
3. SKOP PERKHIDMATAN
-
I. Pihak Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas semua operasi perkhidmatan makanan kepada pesakit di HASA UiTM Puncak Alam.
Ya

Tidak
II. Kawasan pengoperasian kontraktor adalah berdasarkan Pelan Lantai Lokasi serta Ruang Dapur, Jabatan Dietetik dan Sajian, HASA UiTM (Rujuk Lampiran 1) Muat Turun File
Ya

Tidak
III. Perkhidmatan Sajian Makanan di HASA dijalankan secara cook-served dan berpusat centralized plating di mana makanan akan disediakan, dimasak dimasukkan ke dalam tray makanan individu mengikut jenis diet dan dihidangkan kepada pelanggan.
Ya

Tidak
4. PERLAKSANAAN KONTRAK -
I. Status Kontrak
-
A ) Kontraktor diwajibkan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan menyediakan, menghidang makanan atau berkaitan.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor perlu menyediakan dokumen sokongan seperti:
  • contoh menu
  • cadangan carta organisasi
  • ilustrasi pakaian seragam
Ya

Tidak
C ) Kegagalan kontraktor mengemukakan maklumat dan dokumen terlibat boleh mengakibatkan tawaran kontraktor tidak dipertimbangkan.
Ya

Tidak
II. Keperluan Premis
-
A ) Segala pengubahsuaian kepada premis yang disediakan di HASA UiTM perlu mendapat kelulusan daripada pihak HASA UiTM.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor dibenarkan untuk membawa masuk peralatan tambahan dengan kebenaran pihak HASA UiTM sekiranya peralatan tersebut penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
Ya

Tidak
III. Garispanduan Dan Bahan Rujukan
-
A ) Semua pengendalian, penyimpanan dan penyediaan makanan perlu dikendalikan mengikut tatacara seperti di dalam garis panduan berikut :-
  1. Manual Diet Hospital, KKM 2016
  2. Guideline Hospital Catering, MOH 1996
  3. Guideline Mass Catering, MOH 1996
  4. Akta Makanan 1983 Dan Peraturan Makanan 1985
  5. Tatacara Pengurusan Stor (Perintah Am)
  6. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  7. Akta, garis panduan atau pekeliling yang berkaitan dan
    berkuatkuasa.
Ya

Tidak
B ) Kontraktor yang berjaya mendapat kontrak ini perlu menjalankan operasi berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan ke arah persijilan GMP & HACCP dengan merujuk kepada bahan rujukan di bawah:-
  1. Code of Practice Food Hygiene
  2. Good Manufacturing Practice (GMP)
  3. Konsep Harzard Analysis Critical Control Point (HACCP)
Ya

Tidak
C ) Sekiranya persijilan GMP / HACCP belum diperoleh, kontraktor
bertanggungjawab untuk memperoleh persijilan GMP / HACCP dengan kerjasama dari pihak HASA UiTM dalam tempoh satu (1) tahun selepas
tarikh pelaksanaan kontrak berkuatkuasa.
Ya

Tidak
D ) Kontraktor perlu menanggung keseluruhan kos pelaksanaan persijilan
GMP/ HACCP tersebut.
Ya

Tidak
E ) Kontraktor hendaklah mengemukakan Standard Operating Procedure (SOP) untuk semua proses operasi perkhidmatan makanan dalm tempoh dua (2) bulan pertama setelah operasi dimulakan.
Ya

Tidak
F ) Pihak kontraktor perlu menguruskan keseluruhan perkhidmatan sajian makanan pesakit secara bermutu, berkhasiat serta dapat menjamin barangan dan peralatan adalah dari sumber HALAL yang diiktiraf JAKIM serta memastikan keselamatan makanan yang disediakan.
Ya

Tidak
G ) Dapur Utama di HASA UiTM adalah berstatus HALAL. Pihak kontraktor perlu memastikan sijil HALAL yang sedia ada masih sahlaku.
Ya

Tidak
IV. Pendaftaran Premis Makanan
-
A ) Kontraktor perlu mengemukakan salinan sijil pendaftaran premis makanan sebagai bukti kepada pihak HASA UiTM sepertimana yang disyaratkan dalam Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009.


Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor perlu berdaftar dengan Majlis Berkuasa tempatan (PBT) dan FOSIM.
Ya

Tidak
V. Anggaran Kos Makanan
-
A ) Pihak kontraktor perlu mengemukakan anggaran kos makanan bagi penyediaan makanan dalam sehari berdasarkan kepada skala porsi makanan seperti di Lampiran 2, panduan makanan sehari seperti di Lampiran 3, cadangan menu yang ditetapkan seperti di Lampiran 4. Muat Turun File
Ya

Tidak
B ) Kos makanan bagi hidangan makanan untuk pesakit di Wad Rawatan Harian perlu dikemukakan iaitu satu hidangan ringan bersama dengan minuman. Contohnya seperti mee goreng dan air teh. Jumlah bayaran makanan pesakit adalah berdasarkan kepada jumlah hidangan yang telah dibekalkan.
Ya

Tidak
5. PENYEDIAAN MAKANAN
Perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelanggan perlu dijalankan setiap hari selama tempoh kontrak. Makanan yang dihidangkan haruslah menarik dan menyelerakan supaya pembaziran tidak berlaku. Perkhidmatan ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut:-
Ya

Tidak
I. Penerimaan pesanan diet dari wad
-
A ) Pesanan diet secara elektronik menggunakan sistem UniMEDS dan akan dilakukan oleh pihak wad setiap hari mengikut wad. Pihak kontraktor akan menerima tempahan melalui system Vendor Meal Management System (VMMS) yang telah disediakan.
Ya

Tidak
B ) Sekiranya berlaku gangguan kepada sistem elektronik, wad akan melaksanakan proses pesanan diet secara manual. Kontraktor dikehendaki mengemukakan proses kerja pesanan secara manual dan borang-borang yang digunakan kepada pihak HASA UiTM untuk disemak dan dipersetujui bersama.
Ya

Tidak
C ) Pesanan diet mestilah dibuat dalam tempoh tidak lewat dari satu (1) jam sebelum waktu hidangan di wad / pelanggan. (sila rujuk Jadual 1: Waktu Hidangan Di Wad).
Ya

Tidak
D ) Sekiranya pesanan diet dibuat kurang daripada satu (1) jam sebelum waktu hidangan di wad, kontraktor masih perlu memenuhi pesanan tersebut dan perlu mengikut Panduan Makanan Untuk Setiap Hidangan Sehari Bagi Diet Normal.
Ya

Tidak
E ) Jumlah diet yang perlu dibekalkan bagi setiap hari adalah berdasarkan jumlah diet yang dipesan di setiap waktu hidangan.
Ya

Tidak
F ) Membekalkan hidangan ringan untuk pesakit di Wad Rawatan Harian mengikut jumlah pesanan.
Ya

Tidak
G ) Pesanan untuk permintaan ikan / ayam untuk kes tertentu seperti alahan adalah dibenarkan.
Ya

Tidak
H ) Pesanan secara ala-carte dibenarkan untuk penjaga pesakit yang memerlukan berdasarkan menu of the day dan caj akan dikenakan ke dalam bil pesakit.
Ya

Tidak
II. Jenis Diet
Pihak kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan semua jenis diet yang dipesan berpandukan Hospital Diet Manual 2016 serta memastikan perkara berikut diambil perhatian dan tindakan :-
Ya

Tidak
A ) Diet Normal
Diet normal adalah untuk pesakit yang tidak memerlukan pengubahsuaian ke atas kandungan nutrien.
Ya

Tidak
B ) Perancangan kandungan kalori dan nutrien dalam Diet Normal perlu berpandukan kepada Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005 seperti Lampiran 9. Muat Turun File
Ya

Tidak
C ) Jenis Diet Normal yang perlu disediakan adalah:
  1. Normal Pedas: Penggunaan cili, rempah-ratus atau cuka dibenarkan.
  2. Normal Tidak Pedas: Penggunaan cili, rempah-ratus atau cuka tidak dibenarkan.
  3. Masakan barat mengikut keperluan.
Ya

Tidak
D ) Diet Vegetarian
Diet Vegetarian ialah diet yang sumber proteinnya adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, bijirin, ubi-ubian dan sayur-sayuran. Ia diambil oleh pelanggan yang mengamalkan prinsip agama tertentu atau mengikut amalan peribadi.
Ya

Tidak
E ) Klasifikasi vegetarian boleh dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan seperti:
  1. Vegan: mengambil sumber protein dari tumbuh-tumbuhan sahaja.
  2. Lacto-vegetarian: mengambil sumber protein dari tumbuh-tumbuhan, susu dan hasil tenusu.
  3. Lacto-ovo-vegetarian: mengambil sumber protein dari tumbuh-tumbuhan, susu, hasil tenusu dan telur.
Ya

Tidak
F ) Diet Modifikasi Konsistensi
Diet modifikasi konsistensi makanan diperlukan untuk pelanggan yang belum atau tidak boleh mengambil Diet Normal. Diet sebegini perlu dihidangkan bersama air minuman. Modifikasi ini merangkumi beberapa tahap perubahan konsistensi seperti berikut:
Ya

Tidak
G ) 1. Diet Cecair Jernih
Diet ini adalah dalam bentuk minuman cecair jernih pada suhu bilik yang mempunyai nutrien yang mudah dihadam, diserap dan mengakibatkan residu minima dalam saluran gastrointestinal. Contohnya sup jernih, air barli, jus buah-buahan ditapis dan suplemen jernih lengkap serta seimbang. Diet ini perlu membekalkan nilai kalori sekurang-kurangnya 1200 kalori sehari.
Ya

Tidak
H ) 2. Diet Minuman Berkhasiat
Diet ini adalah dalam bentuk cecair dan berkhasiat untuk pelanggan yang mempunyai masalah mengunyah, menelan atau menghadam makanan keras.
Contoh: Minuman coklat, minuman malt, ais krim daripada suplemen lengkap serta seimbang. Diet ini perlu membekalkan nilai kalori sekurang-kurangnya 1500 kalori
Ya

Tidak
I ) Sekiranya pesakit perlu mendapatkan diet modifikasi tekstur tertentu sepert di dalam garispanduan IDDSI, pihak syarikat perlu menyediakan mengikut peringkat-peringkat IDDSI.
Ya

Tidak
J ) 3. Diet Kisar (Blenderized Diet)
Diet ini adalah dalam bentuk cecair dan disediakan dengan bubur nasi, sayur, dan lauk. Penyediaannya adalah dengan cara mengisar.
Ya

Tidak
K ) 4. Diet Bubur Campuran (Mixed Porridge Diet)
Diet ini berbentuk bubur yang dimasak bersama lauk dan sayur yang dipotong halus.
Ya

Tidak
L ) 5. Diet Cincang (Minced Diet)
Diet ini merupakan bubur nasi yang dihidang dengan sayur, ikan atau ayam/daging yang dipotong kecil atau dicincang halus. Ianya dihidang berasingan bersama buah yang lembut. Selain itu, pihak kontraktor perlu menyediakan diet berdasarkan keperluan pesakit mengikut standard IDDSI.
Ya

Tidak
M ) 6. Diet Lembut (Soft Diet)
Diet ini merupakan bubur nasi yang dihidang dengan pilihan hidangan yang lembut. Bubur nasi, lauk dan sayur dalam bentuk asal dihidangkan berasingan beserta buah yang lembut.
Ya

Tidak
N ) Diet Teraputik
Diet Teraputik ialah diet yang memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatu penyakit. Ia melibatkan perubahan tinggi atau rendah satu atau lebih nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin atau mineral. Contoh jenis-jenis Diet Teraputik adalah seperti berikut:
  1. Diet Modifikasi Kalori atau Diet Diabetik (Calorie Modified or Diabetic Diet).
  2. Diet Modifikasi Protein (Protein Modified Diet).
  3. Diet Modifikasi Lemak (Fat Modified Diet).
  4. Diet Modifikasi Kolesterol (Low Cholesterol Diet).
  5. Diet Rendah Sodium atau Garam (Low Sodium or Salt Diet).
  6. Diet Rendah atau Tinggi Potasium (Low or High Potassium Diet).
  7. Diet Rendah Purin (Low Purin Diet).
  8. Diet Rendah Vitamin K (Low Vitamin K Diet).
  9. Diet Ujian Diagnostik (Diagnostic Test Diet ) Diet Rendah Serat dan Residu (Low Fiber and Residue Diet).
  10. Diet Tinggi Serat (High Fiber Diet).
  11. Lain-lain diet / menu hendaklah disediakan apabila diperlukan oleh pihak HASA UiTM.
Ya

Tidak
III. Penyediaan Menu & Pilihan Menu
-
A ) Kontraktor diwajibkan mengemukakan cadangan menu semasa menyerahkan kertas cadangan tender. Penyediaan menu hendaklah mematuhi perkara-perkara seperti berikut:
  • Cadangan menu hendaklah disediakan berdasarkan:
  1. Keperluan nutrien individu
  2. Etnik dan agama
  3. Tabiat pengambilan makanan
  4. Keperluan pengubahsuaian nutrien bagi diet teraputik
  5. Kuantiti dan kualiti
Ya

Tidak
B ) Kontraktor bertanggungjawab menyediakan menu lengkap pusingan untuk 9 hari serta dikemukakan kepada pihak UiTM bagi mendapatkan persetujuan sebelum memulakan operasi.
Ya

Tidak
C ) Setiap menu perlu disertakan dengan analisa kandungan nutrien.
Ya

Tidak
D ) Kegagalan mengemukakan menu lengkap akan dikenakan penalti.
Ya

Tidak
E ) Pihak HASA UiTM berhak mengubah menu apabila diperlukan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
Ya

Tidak
F ) Sebarang pertukaran menu atau item makanan perlu dipohon:

Permohonan secara bertulis perlu dikemukakan untuk pertimbangan pihak HASA sekurang-kurangnya pada satu (1) waktu hidangan yang lebih awal. Contoh: Penukaran menu untuk Makan Tengahari dipohon pada waktu Sarapan atau pertukaran menu untuk Sarapan, dipohon kelulusan pada waktu Makan Malam hari sebelumnya.
Ya

Tidak
G ) Kegagalan Kontraktor mematuhi perkara ini, akan dikenakan penalti (Rujuk lampiran 5). Muat Turun File
Ya

Tidak
H ) Pihak HASA UiTM berhak untuk menolak permohonan pertukaran menu berdasarkan kepentingan pelanggan.
Ya

Tidak
I ) Penukaran dari jenis makanan kumpulan yang sama sahaja dibenarkan setelah mendapat kelulusan daripada pihak HASA.
Ya

Tidak
J ) Rujuk Panduan Klasifikasi Kumpulan Bahan Makanan Mentah seperti di Lampiran 6. Muat Turun File
Ya

Tidak
K ) Jenis ikan , sayur-sayuran dan buah-buahan yang sama tidak boleh dihidangkan dua (2) hari berturut-turut atau lebih dari dua (2) kali dalam tempoh tujuh (7) hari.
Ya

Tidak
L ) Rujuk Panduan Kekerapan Hidangan Mengikut Item Makanan seperti di Lampiran 7. Muat Turun File
Ya

Tidak
M ) Pelanggan yang dihidang Diet Normal boleh memilih kad menu jenis masakan pedas dan tidak pedas sahaja.
Ya

Tidak
N ) Pelanggan yang mengambil Diet Teraputik hanya boleh memilih dari kad menu jenis masakan pedas dan tidak pedas sahaja.
Ya

Tidak
O ) Pesanan diet akan dilakukan oleh anggota yang bertugas di wad tersebut.
Ya

Tidak
P ) Kegagalan membekalkan hidangan mengikut pesanan akan dikenakan penalti.
Ya

Tidak
Q ) Pelanggan kanak-kanak diberi pilihan menu tidak pedas tetapi hendaklah disediakan mengikut umur seperti berikut:
  1. Bayi 6-12 bulan (tiada pilihan menu)
  2. Kanak-kanak 1-3 tahun
  3. Kanak-kanak 4-6 tahun
  4. Kanak-kanak 7-12 tahun
Ya

Tidak
R ) Diet untuk MAC tidak disediakan di wad paediatrik.

Ya

Tidak
S ) Pihak UiTM berhak memesan diet selain daripada yang telah dinyatakan untuk kes-kes tertentu.
Ya

Tidak
T ) Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan dan Pegawai Perubatan serta Paramedik yang bertugas di Dewan Bedah hendaklah dibekalkan diet.
Ya

Tidak
U ) Contoh Menu
1. Sarapan Pagi - contoh menu bagi sarapan pagi adalah seperti berikut:
  • Makanan utama: Nasi goreng/sandwich/mee goreng/nasi lemak/kuew tiaw sup/bubur ayam
  • Sumber protein: Telur dadar/ayam cincang
  • Minuman: teh/kopi/susu/minuman coklat
2. Makan Tengah Hari - contoh menu bagi makan tengah hari adalah seperti berikut:
  • Nasi putih/bubur putih
  • ikan/ayam/telur masak kurma/kari/kuah lemak/sup
  • sayuran hijau tumis
  • sayur bersup
  • buah-buahan
  • RO water
3. Minum Petang - contoh menu bagi minum petang adalah seperti berikut:
  • kuih muih seperti karipap/seri muka/samosa/pau/sandwich/bubur kacang hijau/bubur pulut hitam.
  • minuman: teh/susu/minuman coklat
4. Makan Malam - contoh menu bagi makan makan malam adalah seperti berikut:
  • Nasi putih/bubur putih
  • ikan/ayam
  • sayuran tumis
  • sayuran bersup
  • buah-buahan
5. Menu Kanak-kanak - contoh menu bagi kanak-kanak adalah seperti berikut:
  • bijirin/bubur campur/nasi putih
  • ayam/ikan masakan tidak pedas
  • minuman: air coklat/susu/RO water
Ya

Tidak
IV. Perolehan & Penerimaan Bahan Mentah
-
A ) Pihak kontraktor bertanggungjawab bagi memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi dan pihak HASA akan melakukan pemeriksaan berkala di premis penyediaan makanan pihak kontraktor.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor hendaklah memastikan bekalan bahan makanan mentah/kering /makanan terproses adalah dari sumber-sumber yang diiktiraf dan diakui sah HALAL. Penerangan terperinci HALAL adalah seperti yang disebutkan di Lampiran 8. Muat Turun File
Ya

Tidak
C ) Semua bahan makanan mentah yang diterima perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Pembekal harus menyediakan bahan yang segar dan bukan sejuk beku terutama ikan, ayam dan daging.
Ya

Tidak
D ) Jenis ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sama tidak boleh dihidangkan dua hari berturut-turut atau dihidangkan tiga kali dalam tempoh 7 hari bagi kelas yang sama.
Ya

Tidak
E ) Jika terdapat gantian ke atas ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan , gantian perlulah dari kumpulan yang sama. Sila rujuk kepada Panduan Klasifikasi Kumpulan Bahan Makanan di Lampiran 6. Muat Turun File
Ya

Tidak
F ) Pemeriksaan premis penyediaan makanan akan dilakukan oleh pihak HASA secara berkala untuk memastikan proses penyediaan adalah mengikut standard yang ditetapkan.
Ya

Tidak
G ) Pihak HASA berhak menolak sekiranya bekalan bahan makanan mentah didapati tidak berkualiti dan tidak selamat digunakan.
Ya

Tidak
H ) Pihak HASA berhak mengambil sampel makanan bagi tujuan uijan kandungan dan mutunya dari semasa ke semasa.
Ya

Tidak
I ) Pihak kontraktor bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselamatan di semua tempat penyimpanan makanan. Pemeriksaan akan dilaksanakan oleh pihak HASA dari semasa ke semasa.
Ya

Tidak
J ) Pihak kontraktor perlu memastikan penerimaan bahan mentah / makanan daripada pembekal dalam senarai adalah dalam waktu pejabat seperti di bawah:
  • Isnin- Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Ya

Tidak
K ) Sebarang penerimaan di luar masa di atas bagi kes-kes kecemasan / khas perlu mendapatkan kelulusan JDS HASA terlebih dahulu
Ya

Tidak
L ) Memastian bahan mentah / makanan yang diterima diperiksa oleh kakitangan daripada syarikat kontraktor yang berkelayakan mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh JDS HASA.
Ya

Tidak
V. Penyimpanan & Pengeluaran Bahan Mentah
-
A ) Pengasingan penyimpanan perlu dilakukan ke atas :
  • Makanan mentah dengan bermasak
  • Makanan kering dengan makanan basah
  • Bahan makanan dan bukan makanan
Ya

Tidak
B ) Menyediakan system inventori efektif bagi rekod penilaian dan pergerakan stok barangan.
Ya

Tidak
C ) Setiap bahan mentah yang diterima hendaklah dilabel tarikh penerimaan dan tarikh luput. Tarikh luput perlu dilabel pada bekas makanan / rak simpanan. Pengasingan bahan mentah perlu diasingkan 2 hari sebelum tarikh luput.
Ya

Tidak
D ) Rekod pemantauan suhu secara berkala perlu dibuat dan dipamerkan.
Ya

Tidak
VI. Penyediaan Makanan
-
A ) Makanan yang disediakan hendaklah jenis hidangan halal dan untuk memastikan syarat ini dilaksanakan sila rujuk kepada Lampiran 8. Muat Turun File
Ya

Tidak
B ) Kandungan kalori dan nutrien dalam Diet Normal dan Diet Teraputik untuk seorang dalam sehari adalah berpandukan kepada "Recommended Nutrient Intakes for Malaysian 2005” seperti di Lampiran 9. Muat Turun File
Ya

Tidak
C ) Pihak kontraktor perlulah memastikan makanan dimasak mengikut jenis diet yang dipesan.
Ya

Tidak
D ) Pihak kontraktor perlu merujuk kepada Jabatan Dietetik & Sajian Hospital UiTM dari semasa ke semasa berkenaan dengan penyediaan Diet Teraputik dan Diet Normal untuk memastikan diet yang dibekalkan adalah seperti dipesan dan dikehendaki.
Ya

Tidak
E ) Pihak HASA UiTM akan melakukan ujirasa makanan untuk memastikan mutu makanan yang akan dihidang berkualiti dan pihak UiTM berhak menolak makanan yang tidak menepati spesifikasi yang telah ditentukan. Makanan yang ditolak perlu diganti secepat mungkin (kurang dari ½ jam) dengan makanan yang baru mengikut menu yang ditetapkan.
Ya

Tidak
VII. Penghidangan Makanan
Pihak kontraktor hendaklah menjalankan proses penghidangan makanan berkonsepkan penghidangan berpusat centralised plating. Pihak kontraktor hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi:-
Ya

Tidak
A ) Menyediakan peralatan hidangan pakai buang untuk kes-kes infectious disease atau kes –kes lain mengikut keperluan.
Ya

Tidak
B ) Menghidang makanan ke dalam tray setiap individu, labelkan dengan nama pesakit nombor pendaftaran pesakit, wad, nombor katil dan jenis diet.
Ya

Tidak
C ) Tray yang telah lengkap bersama kutleri perlu diperiksa supaya menepati pesanan diet sebelum dimasukkan ke dalam troli makanan untuk dihantar ke wad.
Ya

Tidak
D ) Memastikan makanan dihidang dengan segar, bersih, menarik serta mempunyai suhu yang sesuai iaitu makanan panas dihidang panas pada suhu tidak kurang daripada 630 Celcius dan makanan sejuk dihidang pada suhu tidak melebihi 30 Celcius.
Ya

Tidak
E ) Pihak HASA UiTM akan menjalankan pemeriksaan semasa penghidangan dari semasa ke semasa.
Ya

Tidak
F ) Semua makanan yang dibekalkan oleh pihak kontraktor akan diperiksa oleh pihak HASA sebelum diagihkan kepada pesakit-pesakit di wad.
Ya

Tidak
G ) Pihak HASA UiTM berhak mengenakan penalti jika makanan yang dibekalkan tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan dan perlu diganti selewat-lewatnya 30 minit dari tempoh waktu hidangan.

Ya

Tidak
VIII. Penghidangan Makanan di Wad
-
A ) Kontraktor mestilah mematuhi waktu hidangan makanan kepada pelanggan seperti berikut:
  1. Sarapan pagi : 7.00 pagi
  2. Makan tengah hari : 12.00 tgh hari
  3. Minum petang: 3.00 petang
  4. Makan malam: 6.30 petang
Ya

Tidak
B ) Walau bagaimanapun, pihak HASA UiTM berhak untuk meminda waktu hidangan makanan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
Ya

Tidak
C ) Kontraktor bertanggungjawab untuk mematuhi perkara-perkara berikut:
  1. Menghantar troli makanan yang telah dimuatkan dengan makanan dalam tray ke wad mengikut waktu hidangan.
    Ketidaktepatan waktu penghidangan makanan akan dikenakan penalti (Rujuk Lampiran 5).
  2. Memastikan bahawa troli makanan sentiasa dalam keadaan bersih dari sisa makanan dan tidak berbau.
  3. Memastikan troli makanan dikendalikan dengan betul, cekap dan selamat semasa penghantaran makanan.
  4. Menggunakan laluan troli yang telah ditetapkan oleh pihak pihak HASA UiTM untuk menghantar makanan dan mengutip peralatan.
  5. Hendaklah menanggung kos pembaikan sekiranya didapati kerosakan premis sepanjang laluan troli adalah disebabkan kecuaian oleh kontraktor berdasarkan laporan teknikal daripada pihak HASA UiTM.
  6. Hendaklah menghidang makanan kepada pelanggan mengikut arahan yang akan diberi oleh jururawat yang bertugas di wad.
  7. Hendaklah mendapatkan maklumat terkini dari jururawat bertugas jika terdapat perubahan katil, wad dan sekiranya pelanggan sedang menjalani prosedur rawatan semasa proses penghidangan diet.
Muat Turun File
Ya

Tidak
D ) Penggunaan Disposable:
Memastikan penggunaan disposable hanya dibenarkan selaras dengan polisi HASA :
  • Pesakit yang mengalami penyakit berjangkit seperti SARS, H1N1, MERS Cov, Covid 19 dan lain-lain bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Ya

Tidak
IX. Sampel Makanan
Pengambilan sampel makanan untuk tujuan penilaian mikrobiologi bagi memenuhi kriteria keselamatan makanan perlu dilaksanakan secara berkala sekurang-kurangnya empat kali setahun atau jika diperlukan.
Ya

Tidak
A ) Sampel makanan yang telah dimasak hendaklah diambil mengikut teknik yang higenik, dilabel dan disimpan ditempat yang dikhususkan untuk tempoh 3 hari. Ini adalah sebagai langkah pembuktian jika berlaku keracunan makanan.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor perlu menghantar jadual perancangan ujian mikrobiologi kepada JDS HASA UiTM. Pihak kontraktor perlu memastikan kehadiran pihak JDS semasa pengambilan sampel oleh badan / makmal yang dilantik.
Ya

Tidak
C ) Pensampelan makanan untuk ujian mikrobiologi perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dan sekurang-kurangya 6 sampel makanan setiap kali ujian.
Ya

Tidak
D ) Laporan ujian hendaklah diserahkan kepada pihak JDS HASA sebagai rekod.
Ya

Tidak
X. Kutipan Makanan
-
A ) Kontraktor hendaklah mengutip semula semua peralatan hidangan di wad dengan mematuhi jadual berikut :
  • Sarapan pagi : 8.00 pagi
  • Makan Tgh Hari: 1.00 petang
  • Minum Petang: 4.00 petang
  • Makan Malam : 7.30 petang
Ya

Tidak
B ) Sekiranya makanan lewat dihidang, pengutipan semula tray hendaklah dilakukan satu (1) jam selepas waktu hidangan tersebut.
Ya

Tidak
C ) Kontraktor hendaklah menyediakan nota catatan untuk pelanggan yang belum makan pada waktu pengutipan semula tray yang mengandungi maklumat berikut:
  1. Pengesahan dari jururawat bertugas.
  2. Alasan pengutipan tray tidak dapat dilaksanakan pada waktu tersebut.
  3. Makluman pengutipan semula tray pada waktu penghidangan seterusnya.
Ya

Tidak
D ) Kontraktor hendaklah memastikan proses penghidangan makanan dan pengutipan tray di wad dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Ya

Tidak
E ) Pemeriksaan semasa penghidangan makanan dan pengutipan tray di wad akan dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak HASA. Ketidakpatuhan waktu kutipan semula tray akan dikenakan penalti (rujuk Lampiran 5). Muat Turun File
Ya

Tidak
XI. Pesanan Diet Lewat
-
A ) Sebarang pesanan tambahan kepada pesanan diet perlu di layan sebelum berakhirnya window serving time.
Ya

Tidak
B ) Keadaan yang dibolehkan untuk membuat pesanan tambahan merangkumi:
  1. Pesakit baru masuk yang boleh makan.
  2. Pesakit asalnya NBM dan telah dibenarkan makanan.
  3. Perubahan diet.
Ya

Tidak
C ) Kaedah pesanan lewat dibuat melalui panggilan telefon oleh wad diikuti dengan melengkapkan borang pesanan diet lewat secara manual. Pihak syarikat kontraktor perlu menyediakan Borang Pesanan Diet Lewat.
Ya

Tidak
XII. Pencucian peralatan
-
A ) Pihak kontraktor bertanggungjawab:
  1. Mencuci semua peralatan hidangan (kutleri, krokeri, tray, troli makanan) yang telah digunakan dengan segera selepas setiap waktu hidangan di ruang cucian yang disediakan.
  2. Mematuhi tatacara penggunaan mesin pencuci pinggan mangkuk.
  3. Menggunakan bahan pencuci yang sesuai dan suhu air yang betul untuk memastikan semua peralatan dibersihkan dengan sempurna.
  4. Memastikan semua peralatan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.
Ya

Tidak
XIII. Pelan Tindakan Bencana
-
A ) Pihak kontraktor bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan pembekalan makanan kepada pesakit sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik atau air yang berlarutan, bencana seperti banjir, kebakaran dan wabak. Pelan ini perlu dikemukakan kepada pihak HASA UiTM dalam tempoh dua (2) bulan selepas perkhidmatan dimulakan.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor juga bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pesakit jika premis disita untuk penyiasatan atas sebab-sebab tertentu.
Ya

Tidak
6. PENGURUSAN PERSONEL


Tenaga Kerja
Pihak kontraktor hendaklah mempunyai tenaga kerja seperti di bawah dan menyerahkan carta organisasi yang jelas yang menunjukkan nama, jawatan, tanggungjawab dan senarai tugas setiap anggota kepada pihak HASA UiTM. Perjawatan / tenaga kerja yang perlu disediakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
Ya

Tidak
I. Pengurus
Bilangan: 1
Kualiti kelayakan:
  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan atau Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan atau Hotel Katering atau yang setaraf dengan pengalaman bekerja selama tiga (3) tahun dalam bidang katering.
  2. Kontraktor perlu mengemukakan salinan diploma / ijazah sebagai bukti kelayakan semasa mengemukakan kertas cadangan kontrak dan apabila dikehendaki oleh pihak HASA UiTM.
  3. Bekerja sepenuh masa dan boleh dihubungi pada bila-bila masa atas urusan kerja.
Skop kerja ialah :
  1. Mengetuai perkhidmatan makanan di HASA UiTM dan bertanggungjawab mengekalkan sistem operasi yang efisien dengan menyelaras peranan setiap bahagian di bawah jagaan seperti Perkhidmatan Pesakit (Patient Service),Penyediaan Makanan dan Minuman.
  2. Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Pentadbiran dan Perolehan, sumber Bekalan.
  3. Bertanggungjawab sebagai Penyelaras HACCP di HASA UiTM.
Ya

Tidak
II. Pegawai Dietetik
Bilangan : 1
Kualiti Kelayakan:
  1. Ijazah Sarjana Muda Dietetik.
  2. Pegawai Dietetik ini perlu di tempatkan untuk mengendalikan aspek-aspek Diet Teraputik. Pihak kontraktor perlu mengemukakan salinan ijazah kelayakan sebagai bukti Pegawai Dietetik semasa mengemukakan kertas cadangan dan apabila dikehendaki oleh pihak HASA dari semasa ke semasa.
Skop kerja ialah :
  1. Bertanggungjawab mengendalikan segala aspek aspek diet termasuk Diet Teraputik bermula dari penyediaan menu, pesanan diet sehingga ke penghidangan diet kepada pelanggan.
Ya

Tidak
III. Pegawai Katering/ Penyelia
Bilangan : 2
Kualiti Kelayakan:
  1. Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan atau Hotel Katering jika ada.
  2. Pihak kontraktor perlu mengemukakan salinan diploma / ijazah kelayakan sebagai bukti kelayakan Pegawai Katering semasa mengemukakan kertas cadangan dan apabila dikehendaki oleh pihak HASA dari semasa ke semasa.
  3. Berpengetahuan, terlatih dan berpengalaman dalam urusan penyediaan makanan.
Ya

Tidak
IV. Pegawai Kualiti HALAL / Pegawai HACCP
Bilangan : 1
Kualiti Kelayakan:
  1. Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan atau Hotel Katering jika ada, Diploma Pengurusan HALAL.
  2. Pihak kontraktor perlu mengemukakan salinan diploma / ijazah kelayakan sebagai bukti kelayakan Pegawai Kualiti HALAL semasa mengemukakan kertas cadangan dan apabila dikehendaki oleh pihak hospital dari semasa ke semasa.
  3. Berpengetahuan, terlatih dan berpengalaman dalam urusan penyediaan makanan.
Ya

Tidak
V. Ketua Tukang Masak
Bilangan : 1
Kualiti Kelayakan:
  1. Berpengetahuan, terlatih dan berpengalaman dalam urusan penyediaan makanan dan sekurang-kurang ada sijil dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan /seni kulinari.

Ya

Tidak
VI. Tukang Masak
Bilangan : 4
Kualiti Kelayakan:
  1. Berpengetahuan, terlatih dan berpengalaman dalam urusan penyediaan makanan.
  2. Jumlah pembantu tukang masak ini hendaklah dipatuhi pada setiap giliran kerja(syif).
Skop kerja ialah:
  1. Bertanggungjawab membantu Tukang Masak dalam kerja-kerja pra-penyediaan bahan-bahan mentah.
  2. Bertanggungjawab menjaga kualiti penyediaan bahan mentah supaya kebersihan dan keselamatan adalah pada tahap yang tinggi serta membantu penyediaan makanan pada waktu yang
    sesuai dengan masa penghidangan di trayline.

Ya

Tidak
VII. Kerani Diet / Diet Aid
Bilangan : 2
Kualiti Kelayakan:
  1. Berpengetahuan dan terlatih.
Skop kerja ialah:
  1. Bertanggungjawab terhadap semua penerimaan pesanan diet dan kerja-kerja yang berkaitan.
  2. Bertanggungjawab mendapatkan pilihan menu pelanggan setiap hari dan berurusan dengan jururawat untuk pesanan diet.


Ya

Tidak
VIII. Pramusaji
Bilangan : 20 (1 orang pramusaji untuk setiap satu wad)
Pertambahan diperlukan jika terdapat penambahan katil.

Kualiti kelayakan:
  1. Berpengetahuan dalam urusan penyediaan makanan. Seorang pramusaji hendaklah mengendalikan perkhidmatan makanan pesakit.


Ya

Tidak
IX. Steward (Staf pembersihan)
Bilangan : 3
Kualiti kelayakan:
  1. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam memastikan kebersihan premis.
  2. Memastikan sanitasi premis berada dalam keadan yang baik dan melaksanakan tugas-tugas pembersihan secara berkala.
  3. Tenaga pekerja hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  4. Pekerja asing yang mempunyai permit yang sah tidak dibenarkan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyediaan makanan dan urusan dengan pesakit kecuali kerja-kerja pembersihan.
Ya

Tidak
X. Pada setiap masa pihak kontraktor hendaklah mematuhi bilangan minima pekerja seperti di atas.
Ya

Tidak
XI. Memastikan pekerja memberi layanan yang baik dan professional kepada pelanggan.
Ya

Tidak
XII. Pekerja hendaklah berbudi bahasa semasa menghidang makanan kepada pesakit seperti senyum dan memberi salam.
Ya

Tidak
XIII. Pekerja yang tidak bersesuaian dengan situasi dan tidak memiliki kriteria yang ditetapkan harus diberhentikan.
Ya

Tidak
XIV. Rekod Kakitangan
-
A ) Pihak kontraktor perlu menyediakan rekod kakitangan dan senarai tugas secara terperinci dan perlu dihantar kepada pihak JDS HASA. Semakan rekod termasuklah:
  1. Kehadiran bertugas.
  2. Kelayakan/Kemahiran kerja.
  3. Rekod Kesihatan.
  4. Suntikan typoid.
Status kakitangan (termasuk baru dan telah berhenti kerja) perlu dikemaskini dan dilaporkan secara bulanan.


Ya

Tidak
XV. Latihan Dan Kemahiran
-
A ) Pihak kontraktor dikehendaki menguruskan latihan berterusan untuk memastikan semua anggotanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam mengendalikan tugas. Pihak kontraktor perlu mengemukakan laporan tentang latihan yang diberikan kepada pihak HASA UiTM setiap tiga (3) bulan sekali.
Ya

Tidak
B ) Modul latihan perlu diberikan kepada pihak HASA semasa mengemukakan kertas cadangan dan apabila dikehendaki oleh pihak HASA dari semasa ke semasa.
Ya

Tidak
C ) Kursus wajib yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor kepada staff adalah :
  1. Orientasi dan Pengenalan Operasi Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit.
  2. Kursus Pengendalian Makanan (dalam tempoh sebulan kemasukan staf baru).
  3. Kursus berkaitan Operasi Perkhidmatan Sajian.
  4. HACCP
  5. Kursus Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan.
  6. Lain- lain latihan yang diperlukan oleh pihak HASA
Ya

Tidak
XVI. Pemeriksaan Kesihatan
-
A ) Pihak kontraktor bertanggungjawab memastikan:
  1. Semua anggota yang diambil mestilah lulus pemeriksaan kesihatan serta bebas dari penyakit berjangkit.
  2. Pihak kontraktor hendaklah memastikan anggotanya diberi suntikan Vaksin Tifoid dan menjalani pemeriksaan perubatan. Laporan Vaksin Tifoid hendaklah dikemukakan kepada pihak HASA pada setiap tiga (3) bulan sekali.
  3. Laporan pemeriksaan perubatan staf bagi kakitangan baru hendaklah dikemukakan kepada pihak HASA.
  4. Anggota yang tidak sihat atau mempunyai sebarang jangkitan dikulit tidak dibenarkan bertugas.
  5. Pihak kontraktor perlu melaksanakan deklarasi harian bagi kakitangan yang bekerja setiap hari dan rekod deklarasi Kesihatan perlu dihantar kepada pihak JDS HASA.
Ya

Tidak
XVII. Pakaian Seragam
-
A ) Pihak kontraktor di kehendaki:
  1. Mematuhi tatacara amalan pakaian seragam seperti dalam garis panduan yang berkaitan.
  2. Memastikan anggotanya memakai pakaian seragam yang lengkap dengan apron, penutup kepala, tanda nama dan kasut yang sesuai semasa bertugas. Penutup mulut (mask) dan sarung tangan mesti digunakan semasa proses penyediaan memasak dan menghidangkan makanan di trayline dan penghidangan makanan di wad.
  3. Mengemukakan contoh illustrasi pakaian seragam semasa penghantaran tender dan dipersetujui bersama dengan pihak HASA bagi kegunaan pekerja.
  4. Memastikan pakaian seragam sentiasa bersih dan kemas.
Ya

Tidak
XVIII. Keselamatan Premis
-
A ) Setiap kakitangan kontraktor yang bertugas di HASA perlu mendapatkan pas keselamatan HASA bagi kemudahan urusan keluar-masuk dan bagi tujuan pemantauan pihak Bahagian Keselamatan HASA bagi memastikan keselamatan HASA secara amnya.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor perlu memulangkan kembali kad keselamatan kepada pihak HASA apabila pekerja tamat perkhidmatan bagi mengelakkan penyalahgunaan kad dan jaminan keselamatan premis.
Ya

Tidak
7. KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN
Pihak kontraktor bertanggungjawab :-
-
I. Melakukan ujirasa makanan untuk memastikan mutu makanan. Ujirasa makanan akan dijalankan secara dalaman dan luaran membabitkan jabatan lain. Jadual ujirasa akan dikeluarkan oleh pihak HASA berdasarkan menu yang dikehendaki secara berkala.
Ya

Tidak
II. Berinteraksi dengan Jabatan Dietetik & Sajian HASA UiTM di dalam urusan harian dan urusan peningkatan kawalan mutu makanan dan perkhidmatan.
Ya

Tidak
III. Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan mewakili lebih kurang 10% daripada jumlah pesakit sebulan sepanjang tahun dan data dibentangkan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun bagi pesakit di wad. Laporan keputusan perlu dikemukakan kepada pihak HASA UiTM dalam tempoh dua (2) minggu selepas kajian dijalankan.
Ya

Tidak
IV. Menghadiri mesyuarat dengan pihak HASA UiTM secara berkala dan pengurusan jika perlu.
Ya

Tidak
V. Melaksanakan aktiviti penambahbaikan kualiti berdasarkan standard MSQH , HACCP, GMP & HALAL atau akreditasi lain yang dieperlukan oleh pihak HASA.
Ya

Tidak
VI. Memastikan anggotanya memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit di wad demi menjaga imej UiTM.
Ya

Tidak
VII. Premis makanan akan diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak HASA atau Penolong Pegawai Persekitaran atau pegawai yang diberi kuasa dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Pihak kontraktor mesti mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Ya

Tidak
VIII. Pihak kontraktor bertanggungjawab mengambil sampel makanan sekurang-kurangnya 4 kali setahun untuk tujuan analisa.
Ya

Tidak
IX. Pihak kontraktor perlu memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan tanpa bendasing.
Ya

Tidak
X. Sampel makanan pesakit akan diambil oleh pihak HASA untuk tujuan ujian bagi penentuan mutu dan memberi nasihat atas arahan berkaitan dengannya dari semasa ke semasa.
Ya

Tidak
XI. Laporan Prestasi Perkhidmatan pihak kontraktor akan disediakan oleh pihak HASA bagi memastikan kontraktor telah memberi perkhidmatan yang memuaskan.
Ya

Tidak
8. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN
Kontraktor bertanggungjawab menjaga kebersihan personel, makanan,
peralatan dan premis dengan mematuhi garis panduan yang berkaitan iaitu:
Ya

Tidak
I. Memastikan pekerjanya mengamalkan kebersihan diri.
Ya

Tidak
II. Memastikan peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja penyediaan dan penghantaran makanan sentiasa dalam keadaan bersih.
Ya

Tidak
III. Menyediakan jadual pembersihan peralatan, ruang tempat penyediaan makanan dan premis yang disewa termasuk kerja-kerja pembersihan high dusting dan dikemukakan kepada pihak HASA.
Ya

Tidak
IV. Memastikan keseluruhan premis berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada haiwan perosak seperti lipas, lalat, tikus, cicak dan semut.
Ya

Tidak
V. Menjalankan pest control sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan untuk premis dan mengemukakan jadual dan jenis bahan pest control yang digunakan kepada HASA UiTM dan sijil yang berkaitan.
Ya

Tidak
VI. Mengumpulkan semua sisa-sisa makanan dalam tong sampah bertutup secara higenik sebelum dibuang setiap hari.
Ya

Tidak
VII. Memastikan semua sisa minyak masak tidak dibuang ke dalam sinki atau longkang.
Ya

Tidak
VIII. Mengumpul semua sisa minyak dalam bekas tertentu secara higenik sebelum dibuang dengan tatacara yang betul.
Ya

Tidak
IX. Premis makanan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh pegawai Kerajaan atau pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Makanan
1983, Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009.
Ya

Tidak
X. Kontraktor mesti mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Ya

Tidak
9. PERALATAN DAN PENYELEGGARAAN
-
I. Pihak HASA UiTM ada menyediakan peralatan dapur untuk kegunaan pihak kontraktor. Peralatan kutleri dan krokeri akan disediakan oleh pihak HASA UiTM dan jika peralatan kutleri dan krokeri tidak mencukupi, pihak kontraktor perlu menyediakannya bagi menjamin mutu perkhidmatan.
Ya

Tidak
II. Penyelenggaraan peralatan perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor jika peralatan yang disediakan adalah daripada pihak kontraktor.
Ya

Tidak
III. Troli sajian makanan pesakit
Pihak kontraktor perlu menyediakan troli makanan panas sejuk bagi menampung keperluan pesakit di setiap wad:
  1. Bilangan wad : 18
  2. Bilangan katil setiap wad : 20 katil
  3. Troli sajian makanan yang dibawa perlu mendapat persetujuan JDS HASA.
  4. Pihak kontraktor juga perlu melaksanakan pendawaian elektrik dan menanggung kos bagi pertambahan troli untuk sajian pesakit.

Ya

Tidak
IV. Sistem CCTV
Perlu dipasang di ruang penerimaan, memasak,trayline dan laluan keluar. CCTV perlu berfungsi sepanjang masa. Pihak HASA berhak untuk melihat semula rakaman CCTV bila diperlukan.

Kontraktor bertanggungjawab untuk:
  • Melaporkan segala kehilangan dan perubahan lokasi peralatan kepada pihak hospital UiTM.
  • Menyediakan peralatan tambahan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sajian.
  • Memastikan penggunaan dan penjagaan semua peralatan berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.
  • Mematuhi tatacara dan panduan dalam mengendalikan peralatan dan mempamerkan panduan pengendalian.
  • Melatih pekerja dalam tatacara penggunaan dan penjagaan peralatan.
  • Berurusan dengan pihak HASA UiTM bagi mengatur jadual pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan dapur.
  • Hadir bersama ketika aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan dijalankan.
  • Memaklumkan kepada pihak HASA UiTM jika terdapat kerosakan peralatan atau equipment shut-down dengan segera untuk tindakan baikpulih oleh pihak HASA bagi memastikan tiada sebarang gangguan operasi.
Ya

Tidak
A ) sambungan:
  • Kontraktor dikehendaki menanggung kos baikpulih termasuk kos berkaitan sekiranya didapati kerosakan premis dan peralatan adalah disebabkan oleh kecuaian atau disalahgunakan oleh kontraktor berdasarkan laporan teknikal Bahagian Fasiliti HASA UiTM dan diperakui oleh Jabatan Infrastruktur HASA.
  • Kontraktor dikehendaki menyediakan dan mengemaskini bilangan inventori krokeri & kutleri bagi memastikan ia cukup untuk kegunaan.
  • Kontraktor juga dikehendaki mengganti peralatan krokeri dan kutleri secukupnya mengikut jenis yang sama seperti yang dipersetujui oleh kerajaan setelah kontrak tamat. Sekiranya kontraktor gagal membuat penggantian tersebut kos penggantian akan ditolak dari bil tuntutan pembayaran.
  • Penggunaan kontrak luar untuk sebarang penyelenggaraan dan pembaikan perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran pihak HASA.
Ya

Tidak
B ) sambungan:
  • Katerer bertanggungjawab untuk memeriksa, menyelenggara, dan membersihkan perangkap minyak (greasetrap) didalam premis setiap hari dan memastikan cecair kimia sentiasa mencukupi setiap masa.
  • Katerer perlu memastikan tindakan yang diambil berkesan, mengambil tindakan preventive serta melaksanakn program kawalan serangga / Haiwan perosak (Pest Control) secara berkala, sistematik dan berjadual sebagai komplimentari kepada program yang dijalankan oleh pihak HASA.
Ya

Tidak
10. TINDAKAN PENALTI
-
I. Sebarang ketidakpatuhan kepada spesifikasi yang ditetapkan atau kesalahan yang boleh menyebakan penalti akan di kenakan penalti. Sila rujuk lampiran 9.
Ya

Tidak
11. REKOD & DOKUMEN
-
I. Laporan Bulanan
-
A ) Laporan bulanan perlu diserahkan kepada pihak JDS HASA selewat-lewatnya 10hb setiap bulan.

Laporan secara bulanan:
  1. Senarai nama kakitangan termasuk maklumat jawatan, kelulusan, warganegara, agama, bangsa, No. Kad pengenalan, Tarikh mula kerja, tarikh suntikan typhoid, Saringan Kesihatan dan Sijil Pengendali Makanan.
  2. Salinan sijil suntikan typhoid TY2
  3. Salinan sijil kehadiran kursus.
  4. Jadual latihan /kursus/aktiviti
  5. Senarai terkini pembekal bahan mentah (termasuk sijil halal, maklumat pemakanan dan maklumat perubahan pertukaran pembekal).
  6. Insiden.
  7. Penyelenggaraan dan baikpulih peralatan.
  8. Inventori peralatan.
  9. Laporan pemantauan suhu.
Laporan secara berkala:
  1. KKP - Setiap 3 bulan
  2. Penilaian mikrobiologi - Setiap 6 bulan
  3. QC - Penilaian Menu



Ya

Tidak
II. Standard Operating Procedure

Syarikat kontraktor perlu menyediakan dan menyerahkan SOP dalam tempoh 1 minggu mula operasi kepada JDS HASA.
SOP berkaitan :
Ya

Tidak
A )
  1. Operasi - SOP hendaklah mematuhi kriteria / piawaian (HACCP/GMP/ Halal).
  2. Keselamatan pekerja/ Tempat Kerja/ Melibatkan pelan keselamatan pekerja/ Tempat Kerja.
  3. Pelan Tindakan Bencana
Ya

Tidak
III. Ketepatan waktu menghantar dokumen / rekod / laporan
Semua dokumenn yang memerlukan tindakan maklumbalas seperti invois, aduan, surat maklumbalas dan sebagainya hendaklah dihantar pada waktu yang ditetapkan dan dipastikan lengkap.
Ya

Tidak
IV. Lain- Lain
-
A ) Pihak kontraktor perlu mematuhi keperluan operasi yang telah ditetapkan oleh pihak HASA seperti yang telah dinyatakan.
Ya

Tidak
B ) Pihak kontraktor perlu menyediakan dokumen lengkap dan katalog jika berkaitan dengan spesikasi tender di atas semasa penghantaran dokumen tender dan dikehendaki untuk memuat turun di dalam sistem perolehan.
Ya

Tidak